Powered By Blogger

Friday 27 July 2012

9 Laluan Taubat


1. Fahami hakikat bertaubat.
  •     yang dikatakan bertaubat itu ialah menyesali kemungkaran-kemungkaran yang telah dilakukan, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulangnya lagi
2. Merasai akibat dosa yang dilakukan.
  • sesetengah kita tidak faham akibat dosa-dosa yang dilakukan boleh dilihat pada diri pelaku atau orang-orang sekelilingnya, seperti ahli keluarga. Contohnya, akibat minum arak, tubuhnya sakit, anak-anak dan isteri menderita dan rumah tangga musnah.
3. Jauhi persekitaran buruk yang membawa kepada maksiat.
  • manusia amat mudah dipengaruhi persekitarannya. Jika selama ini kita hidup dalam suasana yang penuh maksiat, berhijrahlah ke tempat lain, atau beralihlah ke persekitaran yang lebih baik untuk merangsang amal kebaikan.
4. Membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran.
  • membaca satu huruf daripada al-Quran pun sedah mendapat pahala. Baca dan hayatilah pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam kitab suci ini. Insya-Allah ia dapat menyubuhkan jiwa yang sakit dan penuh dosa.
5. Berdoa.
  • sedangkan para nabi pun berdoa agar diampuni dosa-dosa mereka. Contohnya Nabi Ibrahim a.s yang berdoa: "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
6. Sedar akan keagungan Allah Yang Maha Pencipta.
  • Jika anda merasakan dosa-dosa yang telah anda lakukan itu kecil, maka lihatlah keagungan Tuhan yang telah diderhakai!!!
7. Mengingati mati yang datang tiba-tiba.
  • fikirkan, sekiranya ditakdirkan menemuhi Tuhan setengah jam atau esok hari, bagaimana nak jawab soalan-soalan yang bakal ditanya-Nya?
8. Memperingati diri dengan ayat al-Quran dan hadis berkaitan amaran kepada golongan yang melakukan dosa.
  • apabila anda faham, sedar dan menginsafi diri, akan timbul rasa takut kepada janji Allah s.w.t yang pasti akan datang. Tiada orang berdosa yang terlepas daripada balasan-Nya. Maka segeralah bertaubat!!!
9. Membaca kisah-kisah mereka yang bertaubat.
  • Insya-Allah anda juga mungkin terbuka hati untuk melakukan perkara yang sama.
sekian terima kasih...

Sama-samalah kita beribadah dalam bulan yang mulia ini untuk mendapatkan hidayah dari Allah s.w.t

Ihklas daripada Afiq.. ^_^

1 comment: