Powered By Blogger

Friday 30 November 2012

COUPLE HARAM OR HALAL???


Ada yang berkata haram, tapi yang pasti yang sedang ber"couple" akan kata halal. Kalau dicari hadis atau ayat Quran yang spesifik menjelaskan perihal "couple" ini rasanya tiada. Mungkin ada tapi diluar pengetahuan saya, kerana diri ini sebenarnya masih jahil.

Adah sebuah"discussion group" Group An Nasru Ilal Huda (peringatan itu indah) hangat membicara tentang isu "couple" dan zina hati.

Masing-masing mengeluarkan pendapat, pelbagai artikel dan hujah dikeluarkan. Menarik juga isu ini.

Ini pula pendapat saya,

Makhluk diciptakan berpasang-pasangan,

"Dan sengaja sesuatu itu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah."
(Al Dzariyaat:49)


Dan dianjurkan juga dalam Quran untuk berkahwin, boleh rujuk surah An Nisa; 1-3, An Nur;32, An Nahl;72 dan lain-lain.


secara logik akalnya, diciptakan manusia berpasangan dan dianjurkan pula perkahwinan maka cinta itu fitrah manusia. adakah perkara fitrah seperti bercinta itu diharamkan?


Tapi harus diingat, bercinta itu tidak semestinya "couple"!!


Haram "Couple"

Sebut pasal "couple itu haram, dijatuhkan hukumannya haram kerana melibatkan zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk."
( Al-Isra; 32)


Zina disini bukan sahaja melibatkan hubungan intim antara lelaki dan perempuan tetapi juga zina-zina kecil yang lain. Contahnya zina mata, zina lidah, zina tangan, zina kaki, dan lain-lain. Zina kecil ini bermaksud perbuatan-perbuatan yang mana dilakukan boleh mengarah kepada zina, tidak menjaga pandangan, lidah yang bermain kata-kata yang mengoda, tangan dan kaki yang lincah melakukan aksi ringan. Malah walaupun itu semua dielakkan, masih ada lagi zina hati yang mana ramai menafsirkan bahawa zina hati itu berlaku bila kita asyik memikirkan pasangan yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal bagi kita.



Zina Hati

Apakah betul teringatkan orang yang disukai/dicintai itu zina hati?
Ada pendapat mengatakan zina hati itu adalah disertai dengan fikiran bernafsu. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnay Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat berlaku ke atas anak-anak Adam, zina mata adalah pandangan, zina lidah adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan mengiyakan dan atua mendustakannya."

Hadis riwayat Bukhari, muslim dan Abu Daud


Itu sahaja hujah yang ingin disampaikan tentang bagaimana "couple" itu boleh menjadi haram.




Halal?

Bercinta itu halal, tapi "couple" itu boleh jadi haram. Bagaimana nak bercinta tanpa "couple"? Jawapannya adalah kahwin. Tapi ianya bagaikan sesuatu yang berat, sebab perlulah kenal dulu orang yang hendak dikahwini dan zaman sekarang ini mediumnya adalah "couple".

Wujud ke "couple" yang halal? Entahlah, saya pun tak tahu.
Mungkin ada jika boleh dijamin :


  • berniat untuk berkahwin
  • mencintai seseorang itu kerana Allah.
  • dapat menjaga angota diri menjurus ke arah maksiat.
  • terjaga batas aurat dan pergaulan, contoh: tidak berdua-duaan.
  • tidak membazirkan wang dan masa, contoh: call, message, dating n etc.
  • hubungan itu tidak melalaikan, kehidupan seharian diteruskan seperti biasa, begitu juga ibadat.
  • tidak melakukan aktiviti sia-sia, contoh; menyampaikan rasa sayang setiap masa, atau berhubung tanpa urusan yang patut.
  • bertanggungjawab, iaitu melibatkan keluarga.
  • tidak menimbulkan fitnah.
  • tapi masih lagi cara yang terbaik untuk mengatasi rasa cinta itu adalah penuhi diri dengan cinta pada Allah S.W.T. Maka dihalalkan dengan perkahwinan. Jika masih lagi belum bersedia untuk berumah tangga, maka halalkanlah hubungan itu dengan khitbah (nikah gantung).
End of HALAL or HARAM ber"couple"ni?


NOTA KAKI
Perh, susah-susah, Couple Selepas Nikah jela ae ^_^