Powered By Blogger

Thursday 21 June 2012

rindukan Dia



Rindu
Hanya itu yang terluah dari sanubariku
Dalam keseorangan ku melangkah
Kadang terasa langkahku gontai dan lemah

Rindu
Aku rindu pada sahabat-sahabatku
Mereka yang tidak lekang memberi aku peringatan
Agar diri ini, tidak terus alpa dan kelalaian
Meng'hidup'kan aku dalam keimanan

Rindu
Mahu ku lepaskan kerinduan ini
Dalam dakapan mereka yang ku rindui
Ya Allah, kekalkanlah ikatan persahabatan ini
Biar sampai syurga ia merentasi

Rindu
Dalam kejauhan ia menyapaku
Mungkin Dia ingin mengajar aku sesuatu
Agar diriku lebih menghargai nikmat persahabatan itu

Saturday 9 June 2012

Jarak Aku n' Dia


“Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?” ~ Surah ar Rahman

Malam ni malam merindu yang amat mendalam la pula..

Terlalu rindu dengan mereka yang sangat dan perlu aku rindui..

Kamu, kamu dan kamu, i really miss u all ♥



Jarak dan rindu sering berkait antara satu sama lain..Jarak tidak sama sekali membataskan rasa rindu yang ada dalam diri sesiapa pun..Dan jarak semestinya bukan pemisah..Bagi yang benar² mengasihi, jarak mengajar diri lebih setia dan lebih mengasihi..Lebih menghargai dan lebih mengingati..Itu bagi mereka yang benar² punya cinta dalam diri dan hati..Dan dalam kejauhan itu juga, tidaklah kita harus berharap mereka dapat menjaga hanya perasaan mereka terhadap kita sahaja, tapi ia lebih kepada diri sendiri, menjaga hati dan perasaan kita agar sentiasa teguh pada mereka yang sememangnya layak mendapat kesetiaan kita..Kan ^^

Jarak tu kadang² lebih dari mengeratkan hubungan silaturrahim..Bila jauh barulah reti berkata rindu..Semakin hari semakin sayang..I know that much when the first time im far away from my beloved family..They loved me much more than i ever thought!

Tuesday 5 June 2012

Aku dan Dia dah Putus...


Assalamualaikum

"Aku dan dia dah putus..."

"Kenapa?"

"Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba jew perasaan itu hilang"

"Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? dia sayang kau..."

"Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu..."

"Buatlah apa yang kau rasa terbaik..."

Selepas setahun

"Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu..."

"Kenapa? Apa yang dah jadi...?"

"Dia ada ramai lelaki belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih..."

"Kenapa kau pedih. Kan perasaan dia dekat kau dah hilang"

"Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku Dah longlai.
Separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah,..."

"Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda yang lepas ni... Tidurlah dah lewat..."

"Aku tak boleh stop. Mata aku x boley lelap. Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime...."

Beberapa bulan kemudian..

"Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku kepada dia boleh hilang. Sekelip mata."

"Kau ada jawapan.?"

...senyum" ada ...mudah."

"Apa dia?"

"Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nk tahu?"

Kongsi lah..."

"Allah sayangkan aku. Dia x nak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa itu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. hubungan aku dengan Allah terabai."

"Maksud kau?"

"Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta perempuan. Aku dah bazir masa, duit untuk cinta perempuan. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tau sesuatu?"

"Teruskan aku dengar..."

"Aku pernah tanya kenapa aku jumpa perempuan yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

"Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita 'couple' susah nak kawal bukan.... Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat... Sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati bukan..."

"So sekarang?"

"Aku tengah berjuang menjadi lebih baik. Doakan, selangkah, dua langkat...Aku sedang berlari mendekati Pencipta..."

"Perempuan? Cinta?"

"Hanya yang halal. Janji Allah itu pasti"

"Kau yakin sekarang?Rasa lebih baik?"

"Alhamdulillah. Semua Jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku kepada Allah. Aku nmpak cahaya melambai-melambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan Itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nk dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa sahaja. Tapi sekarang aku sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.
Syukur Alhamdulillah..

Ditulis oleh: Afiq Yusoff.

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Sunday 3 June 2012

LUAHAN HATI SEORANG LELAKI

Siapalah Saya Di Hati Awak...
Awak...
Izinkan Saya Untuk Meluahkan Rasa....
Awak...
Maafkan Saya Andai Awak Terasa...
Awak...
Saya Sedar Siapa Diri Saya...
Awak...
Saya Tahu Status Diri Saya...
Awak...
Saya Telah Cerminkan Diri Saya Ini...
Awak...
Saya Tahu Yang Awak Menganggap Saya Tidak Lebih Dari Kawan Biasa...
Semua Itu Saya Tahu!!!
Awak...
Saya Hanyalah Gagak Di Rimba...
Mana Mungkin Terbang Bersama Merak Kayangan...
Awak...
Saya Tidak Mempunyai Apa-Apa...
Yang Saya Ada Hanya Rasa Ini...
Awak...
Saya Memang Tidak Layak Dan Tidak Sesuai Untuk Bersama Awak...
Awak...
Saya Telah Sedaya Upaya Cuba Untuk Tidak Menganggap Awak Istimewa...
Tapi Saya Tidak Berdaya Kerana Hati Kecil Ini Mengatakan Sebaliknya...
Awak...
Semakin Saya Cuba Untuk Melupakan Awak ...
Semakin Kuat Saya Mengingati Awak ...
Entah Kenapa ??? Saya Pun Tidak Tahu...
Awak...
Saya Tidak Tahu Kenapa Awak Begitu Dekat Di Hati Ini...
Awak...
Maafkan Saya Kerana Menyukai Awak...
Awak...
Berdosakah Saya Kerana Menyukai Awak???
Awak...
Andai Ini Ketentuan Takdir...
Saya Doakan Awak Bahagia...
Awak...
Jika Awak Masih Mengingati Saya ...
Andainya Saya Sudah Tiada Lagi Di Dunia Ini...
Sedekahlah Al-Fatihah Buat Saya...
Tanda Kita Pernah Kenal Semasa Di Dunia Ini...
Awak...
Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Dalam Hidup Saya Ini...
Walaupun Untuk Seketika...
Saya Tetap Rasa Bahagia Bila Mengingati Detik-Detik Itu...
Walaupun Kekadang Saya Berkecil Hati Dengan Apa Yang Awak Lakukan...
Tapi Saya Telah Lupakan Itu Semua ...
Saya Telah Memaafkan Awak...
Awak...
Jasa Dan Budi Awak Tinggi Puncak Gunung...
Tidak Ada Nilai Untuk Saya Membayarnya...
Nak Cari Memang Tak Bertumu...
Awak...
Mintak Halal Segala Salah Dan Dosa Saya...
Selama Masa Bergurau Saya Dengan Awak...
Awak...
Biarlah Kisah-Kisah Silam Menjadi Kenangan...
Akan Saya Simpan Kemas Dalam Hati Ini...
Awak...
Biarlah Saya Terseksa...
Biarlah Saya Derita...
Asalkan Awak Bahagia...
Asalkan Saya Tidak Lagi Ganggu Kehidupan Awak...
Asalkan Awak Tidak Perlu Lagi Melayan Kerenah-Kerenah Saya...
Awak...
Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Awak...
Di Dunia Mahu Pun Di Akhirat...
Salam Rindu...
Assalamualaikum....

Jika Dia Bukan Jodohku?

jika dia bukan jodoh aku di dunia ini aku redha apa yang belaku....
mungkin tuhan hendak menguji umatnya seperti aku ni...
Allah maha adil apa yang dia buat pada umatnya mesti ada hikmah...
mungkin bukan jodoh aku dgn dia dan munkin tuhan hendak memberikan kita yg lebih baik dari ini...
lagi pun aku masih syg dia...
aku masih cinta dia...
mungkin aku susah nak cari orang macam dia lagi lepas ini...
dia la satu-satu nya cinta aku...
aku akan tunggu dia....
tetapi jika dia bukan jodoh aku ...
aku tidak mampu nak melawan takdir aku....

aku harap dia tidak akan melupakan aku....

kerana di fikiran aku selalu mengingatinya.....

kerana ialah satu-satunya kekasih yang sangat aku cintainya....

aku akan menunggu mu...

dengan ini aku iringkan doa ini supaya petemuan jodoh aku yang beriman dan solehah...di smpai menguatkan daya ingatan aku untuk meneruskan hidup dan mengingati detik2 terindah bersama dia....

DOA untuk bertemu JODOH, MENGUATKAN daya INGATAN & 
MENGHIDARKAN diri dari KEMISKINAN...........