1. Fahami hakikat bertaubat.
- yang dikatakan bertaubat itu ialah menyesali kemungkaran-kemungkaran yang telah dilakukan, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulangnya lagi
- sesetengah kita tidak faham akibat dosa-dosa yang dilakukan boleh dilihat pada diri pelaku atau orang-orang sekelilingnya, seperti ahli keluarga. Contohnya, akibat minum arak, tubuhnya sakit, anak-anak dan isteri menderita dan rumah tangga musnah.
- manusia amat mudah dipengaruhi persekitarannya. Jika selama ini kita hidup dalam suasana yang penuh maksiat, berhijrahlah ke tempat lain, atau beralihlah ke persekitaran yang lebih baik untuk merangsang amal kebaikan.
- membaca satu huruf daripada al-Quran pun sedah mendapat pahala. Baca dan hayatilah pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam kitab suci ini. Insya-Allah ia dapat menyubuhkan jiwa yang sakit dan penuh dosa.
- sedangkan para nabi pun berdoa agar diampuni dosa-dosa mereka. Contohnya Nabi Ibrahim a.s yang berdoa: "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
- Jika anda merasakan dosa-dosa yang telah anda lakukan itu kecil, maka lihatlah keagungan Tuhan yang telah diderhakai!!!
- fikirkan, sekiranya ditakdirkan menemuhi Tuhan setengah jam atau esok hari, bagaimana nak jawab soalan-soalan yang bakal ditanya-Nya?
- apabila anda faham, sedar dan menginsafi diri, akan timbul rasa takut kepada janji Allah s.w.t yang pasti akan datang. Tiada orang berdosa yang terlepas daripada balasan-Nya. Maka segeralah bertaubat!!!
- Insya-Allah anda juga mungkin terbuka hati untuk melakukan perkara yang sama.
sekian terima kasih...
Sama-samalah kita beribadah dalam bulan yang mulia ini untuk mendapatkan hidayah dari Allah s.w.t
Ihklas daripada Afiq.. ^_^
bagus
ReplyDelete